Wednesday, June 7, 2017

Sayu : Isteri Hamil 2 Bulan Mati Ditembak Suami, Ini Status Terakhir Isterinya Di Facebook Yang Buat Anda Mengejutkan


SERIAN, SARAWAK - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang juga anggota polis di depan sebuah pasar raya di Matang Jaya malam tadi, yang melarikan diri selepas menembak mati isterinya yang hamil dua bulan. 

Suspek berusia lewat 30-an yang juga Inspektor Polis, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga itu ditahan jam 9.35 malam oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi mengesan suspek. 

Polis turut merampas sepucuk pistol bersama peluru yang digunakan suspek dalam kejadian itu. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut. 

Dalam kejadian jam 3.15 petang semalam, mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, ditemui mati ditembak suspek di rumah keluarga mangsa di Kampung Kakai, Serian. 

Siasatan awal mendapati, suspek memasuki bilik tidur mangsa dan melepaskan satu tembakan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga. 
Ibu mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan. Jirannya, anggota polis bantuan yang terdengar jeritan ibu mangsa segera bergegas ke rumah tersebut dan mendapati mangsa telah mati. 

Lapor Berita Harian, mangsa berkahwin dengan suspek di Belaga tahun lalu, namun masih belum dikurniakan anak. Perkahwinan itu adalah perkahwinan kedua mangsa dan juga mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu. 

Selepas berkahwin, mangsa tidak bekerja dan pernah memuat naik status di Facebooknya, 

"Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal."

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansur berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti apa motif sebenar pegawai berkenaan membunuh isterinya. 

"Fokus siasatan tertumpu kepada masalah peribadi antara mangsa dan suspek," katanya.

Sumber: The Reporter



Ingat Pekerja Asing Ini Menangis Tenung Dompet Sebab Tak Ada Duit, Rupa-Rupanya Seorang Bapa Sedang Rindukan Anaknya


Adat merantau, pasti keluarga akan ditinggalkan lebih-lebih lagi merantau di negara luar yang kita tiada sesiapa yang kita kenal.

Itulah juga pasti dirasai oleh warga asing yang datang ke negara kita, mereka terpisah beribu-ribu batu daripada isteri, anak, ibu, bapa dan keluarga.

Dikongiskan oleh seorang lelaki bernama AkuPendosa Dunia, di mana dia telah melihat seorang lelaki warga asing yang duduk berseorangan menangis sembil melihat dompetnya, beliau pada mulanya ingat lelaki berkenaan tiada duit, tetapi rupanya.. jom kita baca.

Aku tengok dia buka dompet duit dia, lama dia perhatikan sambil jari dok usap-uspa dekat dompet dia tu, sesekali dia lap air mata.

Aku ingat dia sedang kira duit, aku pun intailah.. rupa-rupanya.. dia sedang tengok gambar anak-anak dia, seorang bapa yang jauh beribu batu sedang rindukan anak-anaknya.

Begitulah kasih seorang bapa, bila didepan nampak tegas, bila berjauhan hanya air mata tanda kasih sayang.

#PengorbananSeorangYangBernamaAyah.

Sumber: Siakapkeli


Sayu : 6 Pelajar Tahfiz Yang Sedang Berpuasa Syahid Di Pagi Jumaat (9 GAMBAR)



INNALILLAHIWAINNAILAIHIROOJIUN

Inilah kematian yang indah dan kita cemburui. Matinya di hari Jumaat, dalam keadaan berpuasa di bulan ramadhan dan dalam perjalanan menuntut ilmu. Kita sedang menyaksikan kematian ini sebagai SYAHID insyaAllah.

Berita sedih ini bukan sahaja buat warga Tahfiz City One Islamic Centre (CIC), khususnya buat pengasasnya sendiri, Dato' Adnan Hashim, bahkan juga turut dirasai getarannya di jiwa seluruh warga tahfiz dan rakyat Malaysia di seluruh negara.

Van CIC telah mengalami kemalangan di Telekong, Kuala Krai, Kelantan. Dikatakan van hilang kawalan di satu selekoh lalu terbabas dan terbalik di jurang serta merempuh sebuah rumah di situ.

Jumlah mangsa yang terlibat adalah 14 orang terdiri dari 2 ustaz dan 12 orang anak anak pelajar. Setakat ini diberitakan 6 orang telah disahkan meninggal dunia dan selebihnya cedera.

Dikatakan anak anak tahfiz ini sedang menuju ke Madinah Ramadhan Kota Bharu untuk menyertai program daurah tafsir Al-Quran pagi ini.

Kita doakan agar mangsa yang cedera dapat terus diselamatkan.

Takziah dari kami buat seluruh keluarga dan warga CIC amnya dan buat Dato' Adnan Hashim khasnya atas musibah ini. Semuga mampu sabar dan tabah menerima ujian yang amat berat ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

InsyaAllah RPWP akan menghantar wakil untuk turut sama menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada sekalian mangsa kemalangan yang terkorban.
.
.
Takziah, 
Takziah, 
Takziah..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.

Al-Fatihah,









Sumber: WARGA PRIHATIN


Wajib Baca!!! HUKUM BERSETUBUH PADA SIANG HARI DAN WAKTU MALAM BULAN RAMADAN

Salam Ramadan. Macam mana dengan puasa? Insya Allah, harap semua baik-baik sahaja. Maaf, topik hari ini kasar sedikit namun ammboi pasti ia ilmu berguna untuk kita semua.
Inilah Hukum Menikah di Bulan RamadhanI

Hukum bersetubuh pada siang hari dan waktu malam bulan Ramadan – Sebagaimana yang kita maklum, kita dilarang bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadan. 
Berdasarkan dari video penjelasan Ustaz Azhar Idrus (UAI) dibawah ia adalah haram dan berdosa besar. Kalau berlaku juga, maka puasa akan terbatal. Bukan itu sahaja, yang melakukannya akan kena KIFARAH PUASA.
Apa itu KIFARAH PUASA?
Kifarah puasa ialah denda yang hanya dikenakan kepada lelaki atau suami kerana merosakkan puasanya (batal puasa) dengan melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadan.
Di samping itu pasangan tersebut atau suami isteri yang berjimak pada siang hari dalam bulan Ramadan, masing-masing wajib mengqadakan puasa sebanyak hari yang terbatal.
Kifarah puasa terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
  • Memerdekakan seorang hamba, atau jika tidak hamba;
  • Berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau jika tidak berdaya;
  • Memberikan makanan asasi seorang secupak kepada 60 orang fakir miskin.
Kifarah berbeza dengan fidyah di mana seorang fakir miskin tidak boleh menerima lebih daripada secupak makanan yang dibayar kerana kifarah.
Antara permasalahan berkaitan KIFARAH PUASA dengan bersetubuh di bulan Ramadan adalah;
  • Jika berlaku jimak itu dua hari atau lebih pada Ramadhan, ulama sepakat bahawa kifarah juga ialah dua kali kifarah atau lebih.
  • Bagi yang melakukan jimak beberapa kali dalam satu hari atau pada hari yang sama, dia hanya dikenakan satu kifarah.
  • Jika berlaku jimak dalam keadaan musafir yang diharuskan, puasa terbatal dan tidak wajib kaffarah dengan jimak itu.
  • Begitu juga, jika dia menyangka matahari sudah terbenam lalu melakukan jimak sedangkan hari masih siang (belum masuk matahari), hukumnya tiada kifarah kerana dia tidak bermaksud untuk melakukan yang dilarang.
  • Jika dia syak pada siang hari, sama ada sudah berniat puasa pada malam hari atau sebaliknya, kemudian berlaku jimak dalam keadaan syak itu, lalu dia teringat bahawa dia sudah berniat, maka batal puasanya tetapi tidak wajib kifarah.
  • Tidak wajib kifarah jika jimak itu berlaku selepas terbatal puasa oleh perkara lain seperti makan, minum dan sebagainya.
  • Kifarah tidak dikenakan kepada lelaki yang berjimak di waktu siang, sekiranya dia membatalkan puasanya terlebih dahulu.
  • Membatalkan puasa dengan jimak atau persetubuhan yang berlaku pada siang hari Ramadhan adalah haram. Tetapi tidak wajib kifarah jika berlaku jimak pada bulan lain selain Ramadhan seperti ketika melakukan puasa sunat, nazar, qada atau puasa kifarah.
Mengenai turunnya ayat ini terdapat beberapa peristiwa sebagai berikut:
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan berkata:
“Celakalah saya wahai Rasulullah”
Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?”
Dia menjawab: “Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan.”
Lalu Rasulullah bertanya: “Bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?” “Tidak!”
“Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?” “Tidak!”
“Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” “Tidak!”
Kemudian dia duduk. Tatkala itu dibawakan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sebakul kurma.
Rasulullah berkata kepadanya: “Sedekahkanlah (kurma) ini”.
Dia menjawab: “Adakah yang lebih miskin dari kami?
Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya.”
Mendengar yang sedemikian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketawa sehingga nampak gigi baginda.
Lalu baginda bersabda:
“Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan kurma ini).” ([Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1111-1 (Kitab al-Siyam, Bab larangan keras melakukan hubungan seks…)].
Jika begitu bagaimana hendak melakukan hubungan seks di bulan Ramadan?
Kepada isteri-isteri di siang hari pada bulan puasa hendaklah menolak ajakan suami untuk melakukan hubungan seks jika tak sanggup kena kifarat. Bukan mudah dan terdaya hendak berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Untuk itu boleh melakukan pada waktu malam aktiviti seks anda.
Seks Bukan Beban:
Memang, kadang-kadang hubungan intim selama bulan puasa jadi beban bagi pasangan. Memang meletihkan kerana pada waktu siang, si isteri kena menyediakan hidangan dan juadah untuk berbuka puasa dan sahur. Tetapi melakukan hubungan seks pada waktu malam adalah ibadah juga. Sebab, kita boleh membezakan yang mana wajib dan mana yang Sunnah.
Surah Al-Baqarah ayat 187, menyatakan dihalalkan kepada kamu pada malam Ramadan bersetubuh dengan isteri-isteri kamu. Ayat ini membolehkan hubungan seks di malam hari. Ini bererti hanya di siang hari Ramadan, hubungan seks tidak dibenarkan. Kerana itu, jangan jadikan ia beban. Bukankah hukum agama membolehkan? Jadi nikmati saja hubungan seks itu. Anda tidak perlu merasa bersalah. Justeru itu dapat pahala pula. Bagi isteri, itu sama saja dengan ibadah. Anda pasti tahu, melayani suami termasuk ibadah. Jika dilakukan dengan senang hati, dengan ikhlas bukan paksaan.
Sebagaimana Firman Allah Ta’ala:
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakan puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.” – (Surah al-Baqarah, ayat 187).
Oleh yang demikian, anda boleh menikmatinya dan ia merupakan kewajiban bagi seorang isteri. Jadi sepanjang permintaan suami masih wajar, lakukan saja. Mengapa tidak mahu merasakan kenikmatan hubungan seks itu. Jangan sampai ada perasaan ingin merasa menang dan memaksa. Misalnya, suami yang menginginkan hubungan seks memaksa kehendaknya pada isteri yang sebenarnya yang tidak mahu.
Pada waktu malam memang masa terlalu terhad untuk melakukan hubungan seks. Selepas habis waktu berbuka sudah mula untuk solat maghrib dan kemudian ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih. Masa yang sesuai adalah selepas balik dari masjid jam 10.00 malam sehingga 11.00. Bagi pasangan yang tiada anak boleh melakukan kerana tiada gangguan.
Bagi yang ada anak-anak memanglah tidak sesuai. Anak-anak pada masa itu masih belum tidur lagi. Yang ada anak-anak, masa yang sesuai jam 1.00 pagi sehingga 2.00 pagi. Jika boleh si isteri boleh tidur dahulu jam 10.00 malam atau selepas melakukan seks yang singkat sebelum bangun jam 3.30 pagi untuk menyediakan sahur dan mandi wajib.
Mandi Junub:
Salah satu sebab yang membuat anda malas bersetubuh pada malam bulan Ramadan adalah kewajiban menyucikan diri (janabah) selepas aktiviti seks. Anda mungkin berfikir harus mandi wajib sebelum waktu Imsak tiba.
Ia mungkin membuat anda berfikir tujuh kali untuk bersetubuh. Padahal, pendapat kebanyakan ulama menyatakan, bagi yang melakukan berhubungan seks di malam hari, tidak harus mandi sebelum terbitnya fajar.
Anda hanya berkewajiban mandi sebelum terbitnya matahari, paling tidak dalam batas waktu yang memungkinkan anda solat Subuh dalam keadaan suci.
hukum bersetubuh pada siang hari dan waktu malam bulan ramadan
Ok, setakat itu sahaja perkongsian dari ammboi untuk bab ini. Info-info diatas dipetik daripada beberapa sumber seperti KongsiOn9 dan DetikBuletin. Kalau ada mana-mana yang salah silap tu harap beri teguran untuk ammboi perbetulkan. Wasallam.

Sumber asal


Ayah akan rindu nak baca quran dengan syahid lagi ..Anak Bazli Unic meninggal akibat Kanser (6Gambar)

KUALA LUMPUR : " Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak "Anak kesayangan ayah, Syahid sudah pergi meninggalkan Ayah.

Selepas bertarung dengan barah Lymphoma sejak Disember lalu, Muhammad Syahid, anak kepada anggota nasyid UNIC, Bazli Hazwan, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. 

Muhamad Syahid, 4, yang disahkan menghidap barah tahap ketiga selepas bengkak kecil pada bahagian leher, ketiak dan paru-paru pada Disember lalu, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 7.23 pagi tadi.




Keadaan Muhammad Syahid dilaporkan menjadi lebih serius terutama apabila bahagian dalam mulutnya itu dijangkiti ulser. Ini menyebabkan kedua-dua pipinya membengkak dan tidak boleh makan seperti biasa. Pemergian Muhammad Syahid, dikongsi Bazli di laman Instagramnya. 

"Anak kesayangan ayah, Syahid sudah pergi meninggalkan kita. Allah sayangkan Syahid," katanya. Jenazah akan dikebumikan di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zuhur ini. 

Berita penderitaan adik Muhammad Syahid mula mencuri perhatian ramai sejak Mac lalu. Muhammad Syahid yang dirawat di HKL, sepatutnya menjalani rawatan kemoterapi selama setahun. 

Allahyarham adalah cahaya mata hasil perkahwinan Bazli dengan Asiah Abu Bakar. Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Assfan, yang kini berusia sembilan bulan. Al fatihah 


Tuesday, June 6, 2017

Usapan terakhir sejuk wajah kaku sayang .. meraung disisi jasad suami maut kemalangan (8Gambar)

Hanya air mata mampu menemani Puan Hidayah sambil mengusap jasad kaku arwah suami yang dijemput ajal dalam perjalanan ketempat kerja nya.
Sebak melihat Puan Hidayah apabila suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 20.2 Lebuhraya KESAS, arah Bukit Tinggi ke Shah Alam itu pada hari ke-10 Ramadan, semalam dan dia ke tempat kejadian melihat jenazah suaminya.
Video suasana pilu berdurasi tiga minit itu tular di laman sosial hari ini dan mengundang simpati netizen.
Selain wanita itu, seorang lagi wanita dipercayai ibu mangsa turut pengsan sebelum dipapah orang ramai ketika melihat keadaan arwah.
Dalam kejadian 7.15 pagi itu, mangsa, Ahmad Nizam Nazahar, 34, yang bekerja sebagai anggota polis bantuan di sebuah kolej swasta dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan di lebuh raya berkenaan.






Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Kamaludin Mohamad berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.
Menurutnya, siasatan polis mendapati kemalangan berlaku dalam keadaan cuaca kering dan permukaan jalan kering.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat petang semalam.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kemalangan dan tiada saksi tampil memberi keterangan.
"Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Semoga Puan Hidayah dan ibu mertuanya tabah menerima dugaan ini, arwah pergi dibulan mulia dalam perjalanan mencari rezeki. Al fatihah