Bulan Ramadan ini sahaja menyaksikan tiga kehilangan insan yang memang kita kenali selama ini. Bermula dengan adik Syahid, anak kepada Bazli UNIC yang menderita kanser limfoma.
Kemudian blogger, Shearasol yang juga pergi di bulan mulia ini kerana kanser. Dan aktres Indonesia, Julia Perez yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir setelah menderita kanser servik sebelum ini.
Ketiga-tiga mereka ini berbeza, tetapi punya satu persamaan, iaitu meninggalkan insan di sekeliling mereka hanya kerana derita kanser.
Selain jantung yang merupakan pembunuh nombor 1, admin rasa kanser juga kini menduduki takhta teratas kini kerana begitu senang menyerang dan pergi meninggalkan kita dalam masa cukup singkat.
Melalui satu perkongsian di laman facebook, Bekas Pegawai Farmasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Najihah Che Seman juga turut memberi ingatan tentang bahaya kanser ini.
Pengalamannya sebelum ini digunakan untuk berkongsi maklumat 8 penyebab kanser yang memang sering kita buat.
Memang gerun lebih-lebih lagi yang nombor 4, macam tak percaya pun ada.
Gerun kan bila dengar tentang kanser. Mana taknya kita dengar seorang demi sorang meninggal sebab kanser. Kanser ni ada banyak faktor dan lebih menggerunkan faktor ini memang bersepah di sekeliling kita.
1- Makanan
Kenapa coach sangat tekankan kurangkan process food dan junk food.
- Process food ada banyak pengawet, perasa dan pewarna. Sama dengan sosej atau isi ketam yang dibakar dan dijual kepada kanak-kanak depan sekolah juga sangat berbahaya!.
- Air yang pelbagai warna dan perisa semata-mata juga bahaya. Biasakan diri untuk minum jus buah atau air kosong sahaja.
0 comments:
Post a Comment